W A I T I N G .
D'Owner;
my short bio


Syahirah :)Takkan mampu mengubah masa lalu. Tapi boleh usaha untuk baiki masa akan datang.
*PUT YOUR OWN*

bold, underlined, italic
blockquote

click the number;
secret box

1 2 3 4
1. Archive
2. Banner
3. Contact me
4. Ask.fm

Walkie Talkie;
chat box



Friends;
my followers



Credit;
thanks to;

Template by : Yuuki
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Edited by : SYAHIRAH
DI PENGHUJUNG BULAN SYAABAN
Friday 10 August 2012 | 9:17 am | 0 waiting

Assalamualaikum . 

Disetiap penghujung bulan Syaaban , Rasulullah SAW berdiri berkhutbah mengingatkan para Sahabat R.A tentang kelebihan Ramadhan :


Wahai sekalian manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar dan mulia,
* Bulan yang teramat berkat.
* Bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih tinggi nilainya dari seribu bulan.
* Inilah bulan Allah memfardhukan keatasmu berpuasa disiang hari.
* Menjadikan solat tarawih sebagai sunnah di malam hari.
* Sesiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah melalui amalan sunnah di bulan Ramadhan maka di balasi dengan ganjaran seolah-olah melaksanakan amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu.
* Dan barangsiapa melakukan satu amalan fardhu maka akan di balasi 70 kali amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu.
* Inilah sesungguhnya bulan kesabaran. Kesabaran yang sejati tiada lain balasannya kecuali syurga.
* Inilah bulan simpati terhadap sesama manusia.
* Di bulan inilah rezeki orang- orang beriman di tambah.
* Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa pada orang yang berpuasa maka ;
1. Dibalas dengan keampunan dari dosanya.
2. Di bebaskan dari api neraka.
3. Memperolehi ganjaran yang sama seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa.
Setelah selesai Rasulullah berkhutbah maka para sahabat bertanya termasuk juga Salman Al-Farisi :“Ya Rasulullah tidak kesemua dari kami dapat memberikan kepada orang berpuasa untuk berbuka?”
Maka Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud :
Allah akan mengurniakan pahala kepada orang yang memberi walaupun hanya sebiji kurma dan seteguk air dan sehirup susu untuk orang berbuka puasa. Inilah bulan yang pada awalnya Allah menurunkan rahmat, di pertengahannya Allah menurunkan pengampunan dan di akhirnya Allah membebaskan hambaNya dari api neraka.”
(Hadis Riwayat Salman al-Farisi )
Rasulullah SAW bersabda kepada Sayidina Ali KWJ. yang bermaksud :“Wahai Ali ! Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan menjauhi (perbuatan) haram dan perbualan kosong, maka Allah Maha Pengasih akan meredainya dan mewajibkannya masuk kedalam syurga.”
Sahabat yang dikasihi,
Semoga Ramadhan pada tahun ini merupakan Ramadhan yang terbaik dan berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmat (belas kasih Allah), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api neraka).
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah merupakan peluang keemasan bagi setiap muslim untuk meningkatkan ketakwaaan diri , menambah rasa kesyukuran atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan peluang untuk mendapat keampunan daripadaNya.
Firman Allah SWT maksudnya :
“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat 35)
Dari Abu Umamah R.A berkata : Saya berkata, “Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku untuk melakukan suatu perbuatan”. Baginda bersabda : “Kerjakanlah puasa kerana tidak ada amalan yang setanding dengannya”. Saya berkata : “Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku untuk melakukan suatu perbuatan”. Baginda bersabda : ‘Kerjakan puasa kerana tiada amalan yang setanding dengannya’. Saya berkata : “Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku suatu perbuatan’. Baginda bersabda : “Kerjakan puasa kerana tiada suatu amalan pun yang dapat menyamainya.” (Hadis Riwayat An-Nasai dan Ibnu Khusaimah)
Dari Abu Sa’id R.A, beliau berkata : Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari dimana dia berada di jalan Allah kecuali dengan berpuasa sehari itu Allah akan menjauhkan dirinya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh musim.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari, At-Tarmidzi dan An-Nasai)
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT :
“Ya Allah terimalah ibadah puasa kami, solat wajib dan sunat kami, solat tarawih kami , qiyamullail kami, sedekah kami, iktikaf kami serta tadarrus kami dibulanMu yang mulia ini.Ya Allah pertemukanlah kami malam lailatul qadar iaitu malam yang penuh berkat dan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Ya Allah, terimalah semua ibadah-ibadah kami, taqarrub atau usaha kami mendekatkan hati dan diri kami kepadaMu dan jadikanlah kami semua orang orang yang muttaqin dan di beri pengampunanMu. Ya Allah berikanlah kepada kami rahmat-Mu, keampunan-Mu dan pembebasan daripada seksaan api neraka dan terimalah doa dan amalan kami. Tidak ada siapa yang dapat mengkabulkan doa kami melainkan Engkau, wahai Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”
Amin Ya Rabbal Alamin.
MARHABAN YA RAMADHAN :’)


Semakin berilmu sepatutnya semakin merendah diri , semakin taqwa kepada Allah , semakin merasakan diri ini lemah di hadapan Allah . :')