W A I T I N G .
D'Owner;
my short bio


Syahirah :)Takkan mampu mengubah masa lalu. Tapi boleh usaha untuk baiki masa akan datang.
*PUT YOUR OWN*

bold, underlined, italic
blockquote

click the number;
secret box

1 2 3 4
1. Archive
2. Banner
3. Contact me
4. Ask.fm

Walkie Talkie;
chat box



Friends;
my followers



Credit;
thanks to;

Template by : Yuuki
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Edited by : SYAHIRAH
Kembali
Saturday, 1 February 2014 | 2:52 am | 0 waiting

Fuuhhhh *tiup abuk* . Dah lame tak jengah blog ni . Apa khabar semua ? *Ada yang jawab ke ? Macam takde je hehe . Syai sihat alhamdulillah :') Dah nak masuk bulan FEBRUARI . Dah sedar diri ke nak SPM tahun ni ? Ngee Haruslah sedar diri sebelum masuk tahun 2014 haritu . Hari-hari di sekolah semua berjalan lancar , homework pun berjalan lancar dan semakin semakin menimbun kalah Gunung Everast . *tak masal*  Baru masuk bulan November , truthly banyak cabaran dah ditempuhi dan akan aku tempuhi . 
Hanya Allah tempatku meminta pertolongan :') 
Sekarang dah senior dah kat sekolah . Tahun last dah . Kena sedih ke gembira ? Kehkeh . ^^ 
Syahir kat MATA belum jadi senior lagi . Haha *asal selit nama dia ni?* Sambung ...
Haritu ada sambutan Maulidur Rasul . Nah tengok gambar sikit . 
 SANG PUTERI-PUTERI KELAS DAIE ^^ 

Maya and Sue . Kain nak pakai esoknya . *atoto* 

Ini kain rentang 5 DAIE , Cantik tak ? Of coz cantik :) 

Puteri Sesat with Pain . *tampar diri* 

Kami budak luar . Wit Tyra , hanis , mak jem :D

   Itu jelah gambar yg boleh dimasukkan . Yang lain kena simpan sebagai kenangan terindah . Alhamdulillah kelas 5 Daie dapat no 2 dalam perarakan Sambutan Maulidur Rasul :) Dapat banggakan nama kelas 5 Daie and guru kelas kami , Madam Norliza .  Dah masuk dua tahun kita sama kelas . Fuhh kadang-kadang rasa sedih pulak nak habis sekolah akhir tahun ni . Semua sekarang tengah berjuang nak hadap SPM 2014 . fuhhh takut cheq. Harap sangat ukhuwah kita yang terbina akan berkekalan hingga ke Jannah insyaAllah :) 

Harap semua doakan kami pelajar 5Daie 2014 mendapat keputusan yang cemerlang 11A+ dalam SPM tahun ini . Amin Ya Allah , InsyaAllah . Tiada yang mustahil jika kita berusaha bersungguh-sungguh , Yakinlah , Allah akan memberi kejayaan kepada hambaNya yang berusaha . Usaha , Doa , Tawakal :) 
Senyum
Sunday, 3 November 2013 | 6:16 am | 0 waiting


Bismillah . :) 


Orang kata hidup ni tak selalunya indah , 
Orang kata hidup ni kita perlu selalu mengalah 
mungkin benar , 
Tapi aku tahu Dia ada untukku , 
Buat aku tetap tersenyum 
Walaupun pahit sentiasa menunggu . 

p/s : Saya dah bagi awak peluang . Tapi andai ada gadis lebih baik yg menunggu awak , pergilah . Saya izinkan . 
Maafkan aku sahabat
Friday, 6 September 2013 | 6:35 pm | 0 waiting



Bismillah . 
Sepanjang hari semua rasa tak kena . Hati ni bergetar hebat , tahan macam-macam perasaan yang beribut dalam dada . 

Tenang ! Tenang please ! 
Hati merintih tapi tiada apa yang terkesan . Yes , menangis :'(
Bila petang , banyak sangat yang menggangu . Baru sahaja kelmarin aku luahkan beban dalam jiwa ni kepada sahabat baikku . Ringan sedikit .
Mungkin :( 
Tapi hari ni , emmm bagai ombak menghempas pantai , menderu hebat membelah tepian . Dan aku kembali terluka . Sesal menebal dalam diri . Aku malu dengan Allah . Menangis lagi . Entah ke berapa kali aku menangis . Puas melukis senyuman di wajah yang sudah pun basah dengan air mata . Tapi mata tak boleh tipu , Perit tu terbiasa jugak dan air mata berjurai lagi . Emm T__T
Menyesal ! 
Aku putuskan semuanya dengan manusia lain . Putuskan urat simpati yang aku ikat dari untaian kata-kata dari bibirku . Air mata terus jatuh . emm musnah kepercayaan . Tapi aku terpaksa buat .
Aku bukan yang terbaik untuk kau . Maafkan aku . :'( 
Aku simpan ceritaku dalam peti rahsia . Rahsia kekal rahsia .
Kerana rahsia itu , aku ketagih perhatian .
Kerana rahsia itu , aku makin hilang keyakinan .
Kerana rahsia itu , aku hilang diri sendiri .

Terima kasih sahabat . :') Terima kasih kerana memegang tanganku ketika aku hampir tersungkur .
Maafkan aku . "DIRI" ini mungkin akan bertukar wajah . Tapi percayalah , ukhuwah ini tidak pernah berubah . Hati ni masih hati yang sama , Hati yang mencintaimu kini kerana Allah . Yes , Indeed . Allah have His own plan and His plan is the Best . :')


Sementara
| 5:53 pm | 0 waiting



Maafkan aku sahabat , andai perjuangan ini aku tidak dapat teruskan . . .
Maafkan aku sahabat , andai kau terpaksa bersendirian kerana ketiadaan ku . :( 
Saat ini aku merasakan betapa dekatnya maut itu . Hmm 
Seolah-olah berlegar-legar di sekelilingku . 

Allah , andai aku yang Kau jemput dahulu , 
redha kan lah hati ini untuk melepaskan . :'(

Ikhlas daripada Hamba Allah yang hina . 

Bersabarlah :')
| 12:50 am | 0 waiting



MULUT tersenyum namun MATA menahan tangis 
MATA tak mampu menipu dan mula menitiskan air mata 
Namun MULUT cuba unruk terus tersenyum menutupi kesedihan MATA . 
HATI mula terasa pedih dan terluka 
AKAL berfikir , kenapa MULUT tak mahu bersuara tentang apa yg dirasai oleh HATI ?
Lantas MULUT menjawab , " aku malu , kecewa dan marah disebabkan tu , aku merahsiakan kesedihan ini dan aku juga tidak mahu mereka disekelilingku bersedih disebabkan kata-kataku ini dan lantas itu aku hanya mampu tersenyum . " :') 

Akhirnya AKAL pun tahu jawapan kenapa MULUT taknak mereka tahu kesedihannya  
HATI terkejut apabila mendapat tahu kenapa MULUT tersenyum . 
MATA pula , terus menangis tak henti-henti kerana tak dapat menahan kesedihan yg ditanggung selama ini .

Bersabarlah duhai hati yang tengah bersedih . ALLAH sedang menguji kamu :') 
Salam Ramadhan :)
Saturday, 27 July 2013 | 9:14 am | 0 waiting



Ramadhan ,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu ,
Kini aku menghargai kedatanganmu ,
Setiap harimu , tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja ,
Biarpun walau sedetik ,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah ,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu ,
Helaian demi helaian ,
Terasa damainya hati ,
Tatkala irama merdu itu berkumandang .
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu ,
Kini pemergianmu ku tangisi ,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan ,
Aku rindukan solat sunat Terawih ,
Aku rindukan taddarus al-Quran ,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar .
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan ,
Rindu siangmu untuk berpuasa ,
Rindu malammu untuk berterawih ,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala .
Andai aku diberi peluang ,
Melayari hari-harimu yang mendatang ,
Tidak akan aku persiakan ,
Akan ku penuhi hari-harimu ,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda .
InsyaAllah .


“Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran.”
Sahabat Yang Ku Sayangi :)
Tuesday, 28 May 2013 | 10:52 am | 0 waiting



Jika suatu ketika dahulu kita berada dalam alam kanak-kanak , kita dan sahabat riang gembira bermain bersama . Waktu itu , banyak impian yang kita ingin gapai , berkongsi cita-cita bersama . 

"Esok bila aku dah besar , aku nak jadi doktor ! "

"cita-cita aku pulak , nak jadi cikgu "

"aku nak jadi arkitek ! "

Betapa seronoknya waktu itu , saling berkongsi keriangan . Masa tu jua kita merasakan betapa indahnya saat remaja dan dewasa hingga tidak sabar menanti saat itu . Namun segalanya berubah apabila diri sudah berada di tahap remaja dan bersekolah menengah . Keadaan sama sekali tidak sama seperti sebelumnya . Manusia merancang Allah SWT yang menentukan tanpa tertinggal walau sekelumit . 

Apakah kita seorang yang sahabat menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada sahabat kita yang lain ?

Disaat dia bersedih , kecewa kerana gagal mencapai apa yang ditargetkan , pernah kita cuba mendekatinya saat dia sedang bersendirian ? Adakah kita sedia mendengar luahan hatinya ? Sediakah kita meminjamkan bahu untuknya ? Meniupkan kata-kata semangat agar dia terus bangkit dan tidak terus tersungkur ? 

Sahabat yang aku rindui , ingatlah bahawa bumi ini sungguh luas dan sungguh bermakna daripada sehelai slip dan universiti semata-mata . Memang tidak dinafikan kepentingan dua perkara tersebut , tetapi janganlah engkau memandang pada satu sisi sahaja . Lihatlah agar kau sedar dunia ini cuma pinjaman dan tidak akan kekal . 

Aku tak boleh putus asa ! 
Disaat sahabat lain bersusah kau tidak pernah mengatakan 


Aku sangat bangga , sahabatku , Bangga kerana mempunyai sahabat yang begitu kuat . Setiap detik dan minit . Kau tidak pernah menyalahkan ketentuan-Nya malah kau lebih yakin bahawa Dia telah merancangkan  yang terbaik untuk kau yang orang lain tidak tahu . :) 

Cutiii Yeahhh
Monday, 27 May 2013 | 7:56 am | 0 waiting


Hyepp kawan-kawan . Dah lame tak update blog ni . :) Mase exam haritu just sempat update blog kat kertas je . Buat blog sendiri , Hehe sampai hampir kena tangkap dengan cikgu sebab cikgu ingat meniru . 

Nak cite pasal Exam dulu lah . Exam Mid-Year ni okeyy la . Ade yang susah and ade yang senang . Akaun ? --' Entah lah rasanya tak okayy . Hehe Yang lain Not Bad lah sederhana . Tak buat persiapan nak exam betul2 , ni lah Jadinya . Nasiblah still boleh jawab . :) Takpelah ni baru exam di dunia kan , belum exam di akhirat kan . :) 
Gagal exam di dunia boleh ulang semula , Tapi kalau gagal exam akhirat ? 
Now , just Tawakal jelah . Kita dah usaha kan . Redha jelah kalau Akaun gagal . Hehe , Salah sendiri jugak kan . Sape suruh tak fokus masa cikgu ajar . :D Dah taknak cite pasal EXAM lagi , EXAM OVER K !

So , dah bermula cutii DUA MINGGU . Alahh 2 minggu je ? Asal tak sebulan ? Cett nak cuti lame-lame pun buat ape . Nanti bosan pulak . Tapi MATA cuti sebulan . Untunglah~ Korang dah pangkat KOLEJ kan . Nanti bolehlah datang maahad . Hehe . LOL  :D Terpikir jugak dua minggu ni nak buat apa ye ? Homework belambak jugak . Sains nasib dah siapkan kat sekolah haritu . Syariah kena stand by untuk pembentangan . Dah la dapat tajuk "Kejadian Manusia" . Hmm terpikir masa tengah bentang nanti . Ishh3 . Haha . Nasib dapat partner dengan Sumayyah Sulaiman , senang kerjaku . :) So target nak siapkan homework sebelum minggu hadapan . InsyaAllah :) Cuti ni Maybe pergi Langkawi . Hmm insyaAllah . Siapa nak coklat ? Lailai bagi tau aku . Hehe Aku ni belikan orang coklat je , Yelah dah diri ni tak suka coklat . Nak buat acane kan . :) Okayylah see u next time . Happy holiday ! kepada kawan-kawan , Jangan lupa siapkan homework and jaga diri k . :) Assalam .






Dan kenangan itu milik aku :')
Thursday, 18 April 2013 | 11:16 pm | 0 waiting



Dan baru akutau , yang kita sering dihadapkan dengan dua pilihan : pilihan kerana Allah atau pilihan kerana diri sendiri . Dan aku baru tau , dalam memilih yang aku patut cari bukan kesenangan , kemewahan atau kerehatan . Dan bukan juga kesempitan , kemiskinan , atau kelelahan , Yang aku patut cari , cuma keberkatan . Keberkatan Tuhan , di mana-mana pun . Sebab bila berkat , apapun hakikatnya LAPANG . InsyaAllah :')
Kenangan
| 11:03 pm | 0 waiting



Assalamualaikum :'( 

Hari ni aku nampak kenangan . 
Tuhan sedang mengajarkan sesuati . 
Tuhan sedang ingin kamu tahu sesuatu .
Tuhan sedang membuka peluang . 
dan ruang untuk kamu mengutip hikmah dan ibrah 
Belajarlah 
Buka mata 
Buka hati . 

Air mata yang tumpah jangan dipersiakan . 
InsyaAllah , nanti akan ada kebaikannya . 
Dari mana-mana . 
Tak semestinya sekarang 
Tak semestinya di dunia , 
Sabar , sabar , sabar . 
Memang sabar itu tak mudah 
Terlebih lagi saat hati sedang remuk redam . 
Terluka , 
Terguris , 
Terusik ,
Tapi memang saat itulah sabar harus diaplikasi . 
Sabar memang sinonim dengan duka , luka , kecewa . 
Saat tawa dan canda . Sabar mungkin tidak bererti . 
Mengakui beriman ?
Maka kerana itulah sekarang kamu diuji . 
Maka bersabarlah . 
Walau hanya dengan separuh jiwa yang tersisa . 
Kesat air mata . 
Tuhan ada :') 
Ini yang terbaik untuk kita
Thursday, 4 April 2013 | 6:16 am | 0 waiting






Allah tahu apa yang terbaik untuk kita . Dia tidak memberi apa yg kita inginkan , tapi dia memberi apa yg kita perlukan disaat yg terbaik untuk kita . Kadang-kadang kita menangis , kecewa . Kenapa Allah tak beri apa yg kita nak . Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan yg lebih Terbaik untuk kita . :) 

Jadi , jangan kecewa . Bila kita terpaksa melepaskan org yg kita sayang . Mungkin Allah sudah tetapkan jodoh yg lagi terbaik dari yg sebelumnya . Amin . :) *Ikhlas dari hati yg kecil ini .

Tentang Dia
Friday, 8 March 2013 | 12:12 am | 0 waiting



Walau jauh kita berpisah , walau jarak yang menjadi penghalang cinta kita , percayalah kalau sudah tertulis di Luh MahfuzNya yang engkau adalah untukku , sejauh mana kita mengelak sekalipun , kita akan disatukan kembali keranaNya . :")

p/s : Cuma satu pesananku , janganlah engkau menjadikan jarak ini sebagai satu penghalang untuk cinta yang diredhaiNya kerana apabila Allah menghendaki sesuatu , maka Jadilah ia . 


Kalau awak betul2 jatuh cinta kat seseorang , awk berdoa la pada Allah agar "dia" akan menjadi milik awak yang sah pada suati hari nanti . InsyaAllah . (^.^)
Bukan dengan cara "usung" dia ke sana sini . Jangan ! 
Kalau awak berani , awak jumpa la MAK AYAH dia  . 
Minta nak kahwin dengan anak dia .  =)
Berani ? 



Fahamilah :)
Thursday, 7 March 2013 | 11:28 pm | 0 waiting



<3 Allah Maha Mengetahui isi hatimu ! . <3
Sejauh mana kamu cuba sembunyi Allah pasti tahu . 
Sejauh mana kamu sembunyi perasaan kamu dekat seseorang Allah pasti tahu . 
Dan lantas kerana kamu menyimpan perasaan cinta kepada seseorang . 
Allah sayang akan kamu dan Allah tautkan cinta kamu dengan yang kamu cinta . 
Kerana kamu terlebih dulu mencintaiNya berbanding dia . 

Jika kau sayang seseorang , Kau akan biarkan dia memilih , dan terima apa jua pilihannya . 
Tapi bila kau cinta atau suka sesorang , kau akan selalu menunggu dengan setia dan tulus . :')

Sincere by :
Lonely Angle 




Hanya Sekeping Hati
Wednesday, 27 February 2013 | 12:24 am | 0 waiting



Selagi Nyawa tidak terpisah dari jasad , Selagi itu kita harus mendekatkan diri kepadaNYA . Ya Allah . 

Sekeping HATI tetapi boleh kongsi PELBAGAI RASA . 

SUKA . . 
DUKA . . 
TANGISAN . . 
KEGEMBIRAAN . . 
KETENANGAN . . 
KEGELISAHAN . . 
MARAH . . 
TERHIRIS . . 
KESEPIAN . . 
KETABAHAN . .
REDHA . . 

Sekeping hati yang mencari HARGA DIRI , mencari KEKUATAN ABADI . Hanya daripadaNYA . Luka pasti sembuh , tangisan pasti resa , ketenangan pasti hadir . Kadangkala diri ini merasa keletihan di sepanjang perjalanan ini . Bertatih , jatuh . . bangun kembali . . melangkah hari demi hari , menongkah cabaran yang menguji IMAN . . SABAR , Allah melihatmu . :') 

p/s : Di saat kamu benar-benar BERPEGANG pada Allah , kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu ? :D




Sahabat Hingga Ke Syurga
Sunday, 3 February 2013 | 2:19 am | 0 waiting


That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen . =)

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku , 
Tidak lain kerana Allah . 
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya , 
agar tetap kakiku di jalan ini . 
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai dan membuatkan dia tidak senang dengan diriku . 
Wahai sahabatku yang dirimu sentiasa dihati , 
Maafkan setiap khilafku , 
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka dihatimu , 
Tapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah dan senangmu . 
KERANA 
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI ! 

Sesungguhnya ,
Ajal dan maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kita bina dengan penuh kasih dan sayang . 
Jadikan Doa yang tulus dan ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan . 

Ketahuilah bahawa , 
Memiliki Seorang SAHABAT SEJATI adalah lebih berharga dari Seribu TEMAN yang mementingkan diri sendiri . 

Dari Abu Darda'ra , 
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab : pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan : 
Semoga Allah mengabulkan dan untukmu juga seperti itu ."
(Riwayat Muslim)

Sahabatku , saya sayang awak . Saya rindu dekat awak walaupun hari-hari jumpa . Walau macam mane kita renggang pun , percayalah nama awak tak pernah saya lupa dalam sujud saya . Maafkan saya sebab tak mampu menjadi sahabat yang terbaik untuk awak ! =)) 







Semoga Allah Redha
Saturday, 2 February 2013 | 6:04 am | 0 waiting


Saya sayang awak dengan cara saya tersendiri !
Jika mereka memilih untuk kerap bertemu untuk mengubati rasa rindu , 
Saya memilih untuk kita berjauhan ! 
Jika mereka memilih untuk kerap berhubungan , 
Saya memilih untuk mengutus Doa . 
Jika mereka memilih untuk selalu saling mengingati , 
Saya memilih untuk menyibukkan diri . 
Jika mereka memilih untuk saling merindu , 
Saya memilih untuk buat tak tahu kerana awak belum tentu menjadi milik saya . 
Saya lebih senang bertemu Dia . 
Saya mahu belajar mengenali Dia . 
Agar saya lebih suka mengingati Dia yang sentiasa menemani saya . 
Saya sayang awak tapi Dia lebih sayangkan saya . 
" Semoga Allah redha dengan cara ini ! " =)
Kenangan buatku
Friday, 25 January 2013 | 7:28 am | 0 waiting



" Jangan takut apabila diuji tetapi takulah apabila Allah tidak menguji . Bila tidak diuji bimbang Allah telah melupakan kita ! " 

Assalamualaikum . Hyee , Apa khabar ? Harap semua sihat sentiasa .  Saya tak sihat sangat , demam dah seminggu . Suara pun hilang-hilang . Takpe-takpe nanti baik la . Baru bulan satu banyak cabaran yang saya kena tempuh . Actually 2013 ni saya masuk asrama SMKA Maahad muar . Walaupun dekat dengan rumah tapi diri ni degil jugak nak duduk asrama . Parents pun terpaksa la setuju . Hari first memang la seronok . Rasenya bila dah seminggu tu , saya dah mula rasa pressure . Homework pun mula berlambak . Kat asrama , saya paling rapat dengan Puteri suraya . Dia baik , rajin and sekepala jugak . So bila dengan dia , saya kuatkan diri untuk bertahan kat asrama tu . Setiap orang ada masalah kan . Bila kat asrama tu , share problem dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai . Kawan-kawan yang dulunya kurang rapat and tegur , lepas dah duduk asrama ni , kami dah rapat .  Hidup kat hostel best sangat . Tapi biasalah terkongkong dengan peraturan . Setiap minggu saya fly balik rumah walaupun minggu tu tak dibenarkan balik . Kesah pulak aku . hehe . Sampailah hampir sebulan duduk kat hostel , saya ambil keputusan untuk keluar asrama . Kakak-kakak saya semua ketawakan . Tak kesah punn~ Akhirnya , setelah sebulan kat hostel , saya bebas daripada peraturan tu . Dapat jugak keluar . Alhamdulillah . So , sekarang saya dah jadi budak luar balik . :')
Keputusan permohonan ke SBP dah keluar . Means ramai lah yang akan pindah dari sekolah tu jugak . -.- Mr.Guapo pun dah pindah . Tak sempat nak ucap selamat tinggal . :'( Mungkin ade hikmah disebalik semua ni . Hmm . Kawan saya pun pindah . Memang impian dia nak pergi MATA . Pergilah~ Kawan-kawan yang dah pindah tu , jangan lupa kawan-kawan kat sini ni pulak . Goodluck kat sekolah baru . :))
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam . Semoga berusaha menjadi yang lebih baik dari sebelumnya . :))


Semoga ukhuwah kita tetap terjalin . Teruskan perjuanganmu ! ^.^