W A I T I N G .
D'Owner;
my short bio


Syahirah :)Takkan mampu mengubah masa lalu. Tapi boleh usaha untuk baiki masa akan datang.
*PUT YOUR OWN*

bold, underlined, italic
blockquote

click the number;
secret box

1 2 3 4
1. Archive
2. Banner
3. Contact me
4. Ask.fm

Walkie Talkie;
chat box



Friends;
my followers



Credit;
thanks to;

Template by : Yuuki
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Edited by : SYAHIRAH
Pandai memasak juga sunnah
Friday 29 June 2012 | 2:37 am | 0 waiting

Assalamualaikum . 

     Umum diketahui Saidatina Khadijah r.a pandai memasak dan menguruskan suaminya , Rasulullah  SAW . Begitu juga Saidatina Aisyah r.a . Jadi , dengan kata lain , jika nak jadi wanita yang solehah , memasak itu perlu tahu samada asas atau expert dalam menguruskan rumah tangga . Namun dicaatkan juga dlm sirah , Nabi SAW adalah seorang suami yang suka menolong isteri-isterinya memasak di dapur . Jika Nabi SAW tidak pandai memasak , mustahil Nabi SAW mampu membantu isterinya . Nabi SAW biasa hidup berdikari tanpa ibu dan ayah . Mustahil Nabi SAW menyusahkan orang lain dengan pekertinya yang mulia . Jadi , tidak mustahil Nabi SAW pandai memasak . Secara logiknya begitulah . 


Rasulullah SAW juga manusia biasa , namun bukan suami biasa . 

Amrah meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Aisyah , " Apakah yang dilakukan Rasulullah SAW di dalam rumah ?" Aisyah menjawab , "Rasulullah SAW adalah manusia biasa , beliau merendam pakaian , memerah susu domba , dan melayani dirinya sendiri . " (HR Tirmizi , Bukhari , dan Ahmad)

Kalau ada pakaian yang koyak , Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya . Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual . Setiap kali pulang ke rumah , bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan , sambil tersenyum Baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur . Saidatina Aisyah r.a menceritakan "Kalau Nabi SAW berada di rumah , Baginda selalu membantu urusan rumah tanggan . Jika mendengar azan , Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid , dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang . " 

Pernah Baginda pulang pada waktu pagi . Baginda amat lapar waktu itu . Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan . Yang mentah pun tiada kerana Aisyah belum ke pasar . Maka Nabi bertanya . "Belum ada sarapan ya Khumaira ? " (Khumaira adalah panggilan mesra Aisyah yang bererti kemerah-merahan ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah , " Belum ada apa-apa wahai Rasulullah . " Lantas Rasulullah SAW berkata , "Kalau begitu aku puasa saja hari ini. " Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya . Itu Rasulullah SAW . Kalau kita , tentu dah hangin atau hilang sabar , mengeluh-ngeluh , bercakap tentang duit danmacam-macam lagi . 

Bahan-bahan dapur Rasulullah SAW . 

Tapi , bahan-bahan di dapur Rasulullah SAW tidak semewah bahan-bahan masakan seperti di dapur kita . Aisyah r.a meriwayatkan bahawa di rumah Rasulullah SAW pernah tidak dinyalakan api untuk memasak makanan selama tiga bulan . Kemudian , hingga wafat Rasulullah SAW tidak pernah kenyang memakan roti dan minyak dua kali dalam sehari . Manakala makanan-makanan asasi rumah tangga Rasulullah SAW , Aisyah mengatakan , "Dua bahan makanan , iaitu air dan kurma di samping ada seorang tetanggan Rasulullah dari kaum Ansar yang memiliki binatang perahan . Mereka selalu memberi susu dan kami meminumnya ." 

Tuntasnya , belajarlah memasak samasa lelaki dan perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan rumah tangga atau untuk menimbulkan kasih mesea antara suami isteri . Jika tidak pandai masak pun , tolong-tolonglah isteri masak . Tolong angkat periuk ke kuali ke , basuh pinggan mangkuk ke . Sebab itu semua sunnah , Buat yang sunnah dapat pahala . Pahala dapat , kasih bertambah . Untung berganda-ganda . 








f you put Allah first you'll never be last .