W A I T I N G .
D'Owner;
my short bio


Syahirah :)Takkan mampu mengubah masa lalu. Tapi boleh usaha untuk baiki masa akan datang.
*PUT YOUR OWN*

bold, underlined, italic
blockquote

click the number;
secret box

1 2 3 4
1. Archive
2. Banner
3. Contact me
4. Ask.fm

Walkie Talkie;
chat box



Friends;
my followers



Credit;
thanks to;

Template by : Yuuki
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Edited by : SYAHIRAH
Tips cemerlang dalam peperiksaan
Saturday 30 June 2012 | 9:31 am | 0 waiting

Assalamualaikum . 


Peperiksaan seperti sebuah medan tempur untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan kecekapan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah (UPSR) mahupun peringkat menengah (PMR) , mahupun alam pekerjaan juga peperiksaan sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan disahkan dalam jawatan. Di sini saya ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua . InsyaAllah . 





Sebelum Peperiksaan :
  • Nawaitu menduduki peperiksaan untuk mencari keredhaan Allah.(bagi yg beragama Islam)
  • Faham kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran awal format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, jenis soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya)
  • Kelaskan peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat pelan ulangkaji strategik . Jadual belajar sepanjang sesi persekolahan dan penekanan terhadap subjek dalam masa sebulan atau tiga minggu sebelum peperiksaan bermula.
  • Target markah atau gred untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, sasarkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai motivasi, contoh ; A untuk semua subjek.
  • Tulis goals yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita berusaha untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam UPSR/PMR 2010
  • Bina team strategik untuk berkongsi ilmu. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan kawan-kawan yang bagus dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang pakar dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah lain.
  • Jangan berkira untuk ajar kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Sentiasa merujuk kepada guru jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada semasa dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di internet pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang jika format tidak berubah. Perhatikan bentuk soalan yang dibuat guru dan kuasai cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan hati dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia terganggu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita menyukai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan . 








Semakin berilmu sepatutnya semakin merendah diri , semakin taqwa kepada Allah , semakin merasakan diri ini lemah di hadapan Allah . :')